Friday, December 27, 2013

Love is unpredictable, it may comes and goes as it wants.

Hello everybody.
I skip my graduation day post because I am eager to share my excitement on this one thing.
he he he he

This is half-planned activity. sebab mengharapkan tiket orang bagi je. end up kitorang dapat tiga tiket, and at the last last last minute, abang decided to go with us.



 yes, I was in Rock Zone area. but I don't spend any money of it (I'm a poor fangirl, it's a fact!). I got the ticket from my brother. mehmeh. if I need to buy, I prefer to buy a ticket plane and fly to Korea.

I was not into them as much as I love Arashi before I went to this concert. harapan sebenar pun nak tengok Hee Chul je. ha ha. 


and this is a second fact on this concert; THERE ARE GIRLS EVERYWHERE (men are still there, but yahh GIRLS ARE EVERYWHERE) well, what to expect when there were handsome guys entertaining on the stage.









there was one time abang berdiri paling depan, sebab kitorang duduk bahagian belakang. so, when SJ came there semua pun pusing and turned out abang terpaksa pusing gak ah. haha. 

and ada satu masa, when semua pun kejar bahagian belakang sebab, I lari pergi depan, and kebetulan waktu there is no one pun berdiri paling depan. at that time, Sungmin was there. so here was the part when I made the heart pose, and he gave his flying kiss. muahahahahahhaa. kay, i should stop here. but, thank you, you really really really made my day :)









so, overall, the concert was really really reaaaaaaally fun. and I got to see Hee Chul and Marry U performance at last.

and, nasib baik pun pergi bertiga because I terlalu enjoy and fokus, and terlupa nak tangkap gambar pun. hahaha. semua gambar ni ihsan kakak dan abang je.


so, Super Junior, till we meet again. xoxo.


Thursday, November 7, 2013

Thursday, August 29, 2013

"there's not even one person who believes in me" - Park Si On



percayalah.

dalam hidup ni, dalam beratus ratus juta orang wujud dalam dunia,



kau mesti ada satu yang jadi tiang yakin diri engkau.



bila sampai satu tahap, tiang itu juga tak tampung percaya untuk engkau,







saat itu rasa jatuh tak nak bangun balik lagi kan?

Thursday, August 22, 2013

hitam legam terima kasih

Whatsapp-ed kawan sekolah tadi.
Dah nama kawan sekolah, sembang pun hal sekolah ah







Tetiba teringat satu kisah,
Yang aku rasa paling buat aku down.
Paling buat aku rasa "kenapa bodoh sangat manusia ni"
"Hidup macam tak ada tamadun"



Meja aku penuh saliva manusia takdak otak.
Ya. Meja aku belajar. Aku curah ilmu. Aku conteng ilham.
Meja tu.




Sama ada beramai-ramai.
Atau individu.
Aku tak tau.
Gila ah kalau secara individu sebab penuh gila.


Perihal tu barakan api marah aku dekat abang yang sama nama bapak tapi bapak lain lain.




Cuma yang buat aku terkenang-kenang





Pagi esoknya, meja tempat belajar, tempat conteng aku dah bersih.



Allah. Terharu. Sampai sekarang aku tak tau gerangan hamba berbudi tu.



Siapapun engkau, yang namanya kawan mahupun cuma atas dasar kesian aku seorang budak perempuan ditindas, nah,
terima kasih.



Kalaupun engkau yang sama nama bapak tu mahupun empunya ludah yang punya budi.  Terima kasih. Sekurangnya engkau kenal erti dah buat tanggung sendiri. Ke tanggungjawab. Ke simpati.





Tetiba aku rasa macam Geum Jan Di / Makino Tsukushi. Siapa tu? Hah, google.



Wednesday, August 21, 2013

dulu lain weh~

sekarang. aku rasa macam dah tiba masa untuk aku tunjuk dewasa. kalau tengok blog title dan url blog rasa macam blog kanak-kanak riang nak masuk alam remaja je.

memang pun aku create dalam fasa tu.
fasa yang aku tengah gila Nishikido Ryo, jadi angan-angan jadi bini, cari la nama ala-ala Jepun.
konon nak tunjuk ini semua hal-peribadi-mutlak-dalila-seorang je, letaklah cuma deyla.



masalahnya sekarang,
blog ni punya tuan dah ada angka dua dekat depan.
macam tak kena je natsumidyla dengan cuma deyla tu nak kekal. kahkahkah.


sekarang okay lagi kot.



tiga puluh nanti? tak ke awkward nak cerita pasal blog ni?

Hati Bintang











Tatkala semua sibuk bertinta
Si pungguk rindukan bulan,





Tak sedarkah sang bintang juga rindukan bulan?




Lupakah semua bintang yang pagarkan bulan?




Kenapa pungguk ambil bulan daripada bintang?





Pungguk pergilah pada merpati. Baru sejoli.



Monday, August 12, 2013

P U R I K U R A B U K A N K U R A K U R A K U

 okay, hari ni excited tulis sebab ini first experience. so hati terlonjak-lonjak suruh tulis cecepat. kikikikiki.

okay, firstly, tadi redah dengan kakak pergi Aeon Kinta City tu tanpa sebarang tujuan. cuma nak isi masa terlampau lapang. lagipun ibu dah risau dengan anak dara dia ni yang makin lama macam putus fius dalam kepala sebab enam bulan terperuk dalam ghumah. kahkahkahkah. tau pun ghiso. sape suruh tak bagi kita randomly keluar T.T


dah lama sebenarnya nak try purikura ni tapi bila baca experience fatin liyana pasal purikura yang mahal gilos, keinginan tu sering terbantut. tapi, disebabkan tadi keluar tanpa arah tunju dan target barang, so, kitorang pun tehegeh-hegeh pi naik atas tu cari purikura ni.


mula-mula tengok dekat booth dia, yang first sekali nampak harga. hohh. teka lah sendiri berapa. tapi, disebabkan dah baca experience fatin liyana, dah prepare jiwa raga lah nak terima kenyataan tu. cuma, terkejut jugaklah, kan, kan, kan.

fikir 4, 5 kali jugaklah sebenarnya. tapi sebab dah teringin bebenor, takpe, kita buat-buat redha.


dan, bermulalah mission kami........


mula-mula, tak faham langsung kayh, apa dia cakap sebab dalam bahasa Jepun. aku cuma paham arigatou, sumimasen, arashi, aishiteru. kahkah. tapi semua tu takde sebut dalam booth tu. hahh apa aku nak bedal.

mula-mula perasa ada counter je. sekali tetiba baru faham ada kena buat pilihan.

options tu ada gaya ada background, ingatkan kena tiru gaya-gaya dia. hahaha. sebab tu gambar-gambar kitorang macam ada pelik-pelik, sebaaaaab terikut gaya gegadis jepun tu. hahahahha.

dah dekat gambar-gambar last tu baru perasan pilih background je. hahahahahhaha.

dah habis tu, lari-lari keluar pegi edit, sebab risau gambar dia terus keluar, maluuuu. 

yang ni dari google. macam ni lah lebih kurang screen edit edit dia. siap boleh pilih BGM lagi.

part ni paling seronok, tapi paling blur sebab semua pun tulis jepun. hahhh, main tekan-tekan lah. asalkan menjadi. dah sampai satu part tu macam blur macam mana nak proceed, so, lagi sekali, main tekan je lah. hahahhahah.


part paling best bila dah siap tu, tunggu punya tunggu tak keluar pun gambar dia. siap pergi kat kaunter tu tanya. rupanya, keluar dekat tempat lain. ceh. yang kitorang tengok kat tempat lain. 


ini hasil ia. taraaa raaa raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



kasi zoom sikit. 



WARNING:
dalam photo booth tu, adalah dinasihatkan jangan excited sangat. nanti ter-attract orang lain and bila keluar semua tunggu siapa keluar dari situ. kahkahkah.

Saturday, August 10, 2013

Syawal 1434H


"SEMUA ORANG CAKAP "YEAYYYY!!"


cerita dia macam ni,



asal - asal - asalnyaaaa, dua abang yang dah berkeluarga tu tak ada untuk pagi satu syawal ni. mula-mula tu dah terbayang-bayang dah sunyi jugak ni raya kitorang-kitorang je. budak-budak pun takde. yang bestnya, sedara mara pun pakat balik rumah belah mentua waktu raya first.



sekali, family angah buat keputusan, tunda dulu balik Melaka, balik lepas pagi raya. sebab nak teman ibu ayah beraya sini. hihihi.


seminggu sebelum raya, family Lop memang dah ada kat rumah and plan asal dah balik Penang last Ramadhan. and, malam raya tu ayahngah ajak satu family bukak puasa sama-sama.


and part paling best, dah seminggu tengok tiga sepupu tu main sama-sama, lepas susun-susun barang masuk kereta, terus cancel time tu jugak. haha. pun nak balik lepas pagi raya.


and, akhirnya COMPLETE lah family haji Mastor untuk raya ni. hihihihihihihihi. sebab tu gambar raya bukan main meriah :)



Allah, terima kasih atas nikmat bahagia yang Kau kurniakan untuk aku dan keluargaku. semoga nikmat bahagia ini berterusan sampai ke Jannah, semoga rezeki kita dimurahkan dan diberkati Allah. Alhamdulillah, untuk 20 tahun semua pun masih ada di samping aku memberi sokongan dan dorongan dalam hidup. *nangis*

Wednesday, July 31, 2013

Sesungguhnya janji Allah itu pasti.


hahh. ini status tetengah malam 19 julai hari tu. aku ni memang jenis risau sikit kalau perasaan ni kemain rileks je. tak ada rasa risau. sebab mesti lepas tu, akan ada serangan minda. sama ada terlalu gembira atau terlalu kecewa. kakaka.


dan.

memang ternyata, perasaan tak sedap hati tu membawa satu makna........



pagi tu, aku baru je habis download Running Man 154. kemain aku tunggu dengan sabar nak tengok Evra dengan Ji Sung tu. baru tengok half baru perasan jam dah pukul 12.45 tengah hari. cecepat aku bukak portal, dan.................







TERKEJUT GILA TERUS BERDERAI AIR MATA SEDU SEDAN MACAM PUTUS CINTA T.T


cecepat call Jemy, tanya apa nak buat dah ni dah blur gila dah macam putus harapan. cecepat mesej madam Raihan cerita problem. 

tunggu pukul tiga, call UiTM nak buat rayuan. sekali dia bilang maaf dik, kami tak layan rayuan tukar. musnah harapan.

call pejabat dekan, pegawai yang uruskan pengambilan tak masuk office lagi.

call pakcik sham, yang cuma dia boleh tolong pass kan surat je. takpe, satu ikhtiar kat situ.

petang tu dapat call daripada madam, mintak buatkan surat secara berkumpulan (hampir 40 orang senasib den) dan hantarkan kepada uitm.

gigih, buat surat, kumpul nama (and nasib baik Yusuf tolong kumpulkan nama) and semua selesai hari Selasa.

thanks to Oya yang tolong pass kan surat dekat Dekan. petang tu jugak dapat tau, madam Raihan and Sir Shahril usaha email sokongan dekat dekan tentang problem kitorang. ya Allah, waktu tu rasa terharu sangat dengan pertolongan lecturer2 ni. 

esoknya dapat call daripada madam, kitorang punya rayuan tengah diusahakan, tunggu 2 ogos untuk pembetulan. Alhamdulillah, separuh lega masa tu.


tapi, tengah2 serabut tu, dapat pulak cakap dari orang sekeliling terima je course tu. hulahaihh. bukan tak nak. tapi, hmm 3 tahun aku menuntut bawah bumbung masscomm dan aku dah letakkan target aku. dan, berkecai dengan satu keputusan, aku susah nak terima. 




tapi,





semalam dapat mesej dari meera, 
"dalila, dah check? :)"


BERDERAU DARAH NI BACA, TAHU?

cecepat on laptop.



dan,
ALHAMDULILLAH.....................



tahniah yang 19 Julai yang samar-samar tu, sekarang ni berkilau macam tak boleh bukak mata dah. syukur sangat-sangat atas keputusan ni. atas berkat usaha dan doa ibu ayah, doa kawan-kawan yg bagi moral support waktu dah macam kecewa tu, doa lecturer2, doa semua orang lah, Alhamdulillah.



maaf dekat member2 yang mesej lepas 19Julai tu tak terbalas sebab tak tahu nak cerita macam mana. kita tak pandai nak cerita betapa kecewa kita kalau kita betul-betul kecewa masa tu. wuwuwuwuwuwuuu.

Friday, July 19, 2013

titik pertama

satu tahun.





enam tahun.





lima tahun.





tiga tahun.




dan yang ini untuk satu tahun setengah lagi. menanti esok untuk jawapan.




eh, jantung siapa tergolek kat bawah ni?









Monday, April 1, 2013

Lendu dalam kenangan Part 1

so, on 31 March 2013 - I've ended my diploma session in Lendu (hopefully) after 3 years struggling for it.

tiga tahun yang ada 36 bulan kalau kira hari lebih kurang 1095 hari aku menanti tamatnya kesengsaraan jiwa dekat Lendu. dan............ sekarang,


boleh kata Lendu tempat aku membesar, tempat jatuh bangun dekat situ lah. tapi, benda paling berat nak tinggal, macam biasalah, sahabat tiga tahun susah senang sama-sama. dulu tak pandai nak jujur, dah jauh ni, meh meh cakap terus terang....

nak dibanding kawan sekolah yang kenal lima tahun, yang tiga tahun ni lagi banyak kot harung sama-sama. maklumlah, orang kata dalam menuju dewasa, dulu-dulu tengah cari identiti je lagi. sekarang ni, semua benda kena belajar buat sendiri, bukan senang. lagi-lagi bila berbatu jauhnya dari keluarga, sampai nak balik pun, kena budget cukup ke duit makan sebulan?

kalau dapat baca post dulu dulu, ada jugaklah aku meroyan kenapa aku ke jalan ini...... kejutan budaya di Lendu kononnya, tinggalkan dunia kira-kira masuk dunia bercakap depan orang ramai. siapa sangka? terima kasih banyak dekat Madam Wan yang dah bina keyakinan dalam diri masa awal-awal masuk dulu, macam mana entah aku boleh nyanyi lagu Barney depan satu kelas, acah-acah comel. Madam sendiri pun tak percaya dengan keyakinan aku masa tu. KAHKAHKAH. katanya aku nampak senyap. :P

dan, Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan sahabat yang tak pernah lupa ingatkan aku saat aku alpa. yang kalau aku jatuh, tak semua sekurangnya sorang ada sebelah aku. mungkin kadang-kadang tersasar jugak aku dalam jiwa sendiri, mengharapkan aku dikurniakan privasi yang lebih dari seadanya.

sepanjang aku di Lendu lah, aku nampak besarnya hikmah yang Allah aturkan untuk aku. aku lebih menghargai saat bersama family, yang mana dulu, aku tak nampak pentingnya kat situ. serius. besarnya hikmah doa hari-hari bila mana aku rasa aku susah, Alhamdulillah, ada satu satu rezeki depan mata.

teringat satu malam, bila aku kononnya nak pergi koperasi dekat kolej, terperasan someone yang macam tengah cari member, macam mana aku acah-acah buat cari orang, sekali kena panggil. dipendekkan cerita bermulah karier, sebagai runner. KAHKAHKAH. jual roti impit malam malam, Alhamdulillah, buat rezeki lebih. serius, ini kenangan takkan lupa. sampai balik raya tu, dapatlah cover duit tiket. hihi. terima kasih Jinggo, Ayap... korang banyak membantu...


bersambung.....


Saturday, March 23, 2013

rabak

lapan hari.

dulu dulu bukan main aku ambik beg sumbat sumbat barang
tak sabar jumpa mak ayah katanya.

tengok buku pun dah rasa menyampah,
seakan halangan cinta aku dengan rumah.

tapi, ini pertama kalinya,




tau istilah mixed feelings?


siapa tak seronok cuti sampai lima bulan,
bukan sahaja lepas dari tensi kerja, malah boleh membina badan,
biar berketul ketul macam Rikishi. muhuhuhuhu.


cuma, lepas lima bulan nanti environment dah lain.
manusia manusia sekeliling pun 80% lain.



tapi, lagi penting
dulu bukan main pandai badan di Lendu hati di Ipoh,
lepas ni, hati aku ada dekat Lendu lagi.
bukan kena curi pun, aku yang mengada bagi...
eh hati, reti retilah balik sendiri...........................

what makes goodbye becomes harder












the years we met feel like coincidence, and now it's already been 3 years...................






Saturday, March 9, 2013

Dinner Batch, the last event............



6 Mac 2013
Hotel Avillion Legacy














w/ Fithri Faisal


w/ Radzi a.k.a Jacob


w/ Eimieeee


roommate dari part 1 - Zafirah 


roommates part 4 - Eida


dengan pendek. eh. dengan Dianah.


dengan Meeeeewa


kawan suka duka muram durja


dengan Faiq, Chowder, Izwan


ekin


Amir letiuuups


Jameelah~




Narisa & Dee








CLASSMATES 2010-2013  

Wednesday, March 6, 2013

Ros untuk Dianah

bila rajin tu datang banyaklah benda merapu ditepek kat sini.........



dulu zaman cinta monyettttt, boipreng pernah acah acah sweet bagi ros dari tisu ni.

dah doploh satu ni, nak lah acah sweet jugak.


jadi,
bukak youtube,

search,


jumpa,


try,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



HASILNYAAAAAAAAAAAAAAA,









terus Dianah reject.

macam tisu lap hingus katanya!

-.-



Sunday, March 3, 2013

Pre-Graduan 2013








Pra-Graduan 2013 @ Hotel Equatorial, Melaka
02 Mac 2013



 











*kirabawah* 
28 hari lagi.


rindu.
akan tiba masanya.