Thursday, August 29, 2013

"there's not even one person who believes in me" - Park Si On



percayalah.

dalam hidup ni, dalam beratus ratus juta orang wujud dalam dunia,



kau mesti ada satu yang jadi tiang yakin diri engkau.



bila sampai satu tahap, tiang itu juga tak tampung percaya untuk engkau,







saat itu rasa jatuh tak nak bangun balik lagi kan?

Thursday, August 22, 2013

hitam legam terima kasih

Whatsapp-ed kawan sekolah tadi.
Dah nama kawan sekolah, sembang pun hal sekolah ah







Tetiba teringat satu kisah,
Yang aku rasa paling buat aku down.
Paling buat aku rasa "kenapa bodoh sangat manusia ni"
"Hidup macam tak ada tamadun"



Meja aku penuh saliva manusia takdak otak.
Ya. Meja aku belajar. Aku curah ilmu. Aku conteng ilham.
Meja tu.




Sama ada beramai-ramai.
Atau individu.
Aku tak tau.
Gila ah kalau secara individu sebab penuh gila.


Perihal tu barakan api marah aku dekat abang yang sama nama bapak tapi bapak lain lain.




Cuma yang buat aku terkenang-kenang





Pagi esoknya, meja tempat belajar, tempat conteng aku dah bersih.



Allah. Terharu. Sampai sekarang aku tak tau gerangan hamba berbudi tu.



Siapapun engkau, yang namanya kawan mahupun cuma atas dasar kesian aku seorang budak perempuan ditindas, nah,
terima kasih.



Kalaupun engkau yang sama nama bapak tu mahupun empunya ludah yang punya budi.  Terima kasih. Sekurangnya engkau kenal erti dah buat tanggung sendiri. Ke tanggungjawab. Ke simpati.





Tetiba aku rasa macam Geum Jan Di / Makino Tsukushi. Siapa tu? Hah, google.



Wednesday, August 21, 2013

dulu lain weh~

sekarang. aku rasa macam dah tiba masa untuk aku tunjuk dewasa. kalau tengok blog title dan url blog rasa macam blog kanak-kanak riang nak masuk alam remaja je.

memang pun aku create dalam fasa tu.
fasa yang aku tengah gila Nishikido Ryo, jadi angan-angan jadi bini, cari la nama ala-ala Jepun.
konon nak tunjuk ini semua hal-peribadi-mutlak-dalila-seorang je, letaklah cuma deyla.



masalahnya sekarang,
blog ni punya tuan dah ada angka dua dekat depan.
macam tak kena je natsumidyla dengan cuma deyla tu nak kekal. kahkahkah.


sekarang okay lagi kot.



tiga puluh nanti? tak ke awkward nak cerita pasal blog ni?

Hati Bintang











Tatkala semua sibuk bertinta
Si pungguk rindukan bulan,





Tak sedarkah sang bintang juga rindukan bulan?




Lupakah semua bintang yang pagarkan bulan?




Kenapa pungguk ambil bulan daripada bintang?





Pungguk pergilah pada merpati. Baru sejoli.



Monday, August 12, 2013

P U R I K U R A B U K A N K U R A K U R A K U

 okay, hari ni excited tulis sebab ini first experience. so hati terlonjak-lonjak suruh tulis cecepat. kikikikiki.

okay, firstly, tadi redah dengan kakak pergi Aeon Kinta City tu tanpa sebarang tujuan. cuma nak isi masa terlampau lapang. lagipun ibu dah risau dengan anak dara dia ni yang makin lama macam putus fius dalam kepala sebab enam bulan terperuk dalam ghumah. kahkahkahkah. tau pun ghiso. sape suruh tak bagi kita randomly keluar T.T


dah lama sebenarnya nak try purikura ni tapi bila baca experience fatin liyana pasal purikura yang mahal gilos, keinginan tu sering terbantut. tapi, disebabkan tadi keluar tanpa arah tunju dan target barang, so, kitorang pun tehegeh-hegeh pi naik atas tu cari purikura ni.


mula-mula tengok dekat booth dia, yang first sekali nampak harga. hohh. teka lah sendiri berapa. tapi, disebabkan dah baca experience fatin liyana, dah prepare jiwa raga lah nak terima kenyataan tu. cuma, terkejut jugaklah, kan, kan, kan.

fikir 4, 5 kali jugaklah sebenarnya. tapi sebab dah teringin bebenor, takpe, kita buat-buat redha.


dan, bermulalah mission kami........


mula-mula, tak faham langsung kayh, apa dia cakap sebab dalam bahasa Jepun. aku cuma paham arigatou, sumimasen, arashi, aishiteru. kahkah. tapi semua tu takde sebut dalam booth tu. hahh apa aku nak bedal.

mula-mula perasa ada counter je. sekali tetiba baru faham ada kena buat pilihan.

options tu ada gaya ada background, ingatkan kena tiru gaya-gaya dia. hahaha. sebab tu gambar-gambar kitorang macam ada pelik-pelik, sebaaaaab terikut gaya gegadis jepun tu. hahahahha.

dah dekat gambar-gambar last tu baru perasan pilih background je. hahahahahhaha.

dah habis tu, lari-lari keluar pegi edit, sebab risau gambar dia terus keluar, maluuuu. 

yang ni dari google. macam ni lah lebih kurang screen edit edit dia. siap boleh pilih BGM lagi.

part ni paling seronok, tapi paling blur sebab semua pun tulis jepun. hahhh, main tekan-tekan lah. asalkan menjadi. dah sampai satu part tu macam blur macam mana nak proceed, so, lagi sekali, main tekan je lah. hahahhahah.


part paling best bila dah siap tu, tunggu punya tunggu tak keluar pun gambar dia. siap pergi kat kaunter tu tanya. rupanya, keluar dekat tempat lain. ceh. yang kitorang tengok kat tempat lain. 


ini hasil ia. taraaa raaa raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



kasi zoom sikit. 



WARNING:
dalam photo booth tu, adalah dinasihatkan jangan excited sangat. nanti ter-attract orang lain and bila keluar semua tunggu siapa keluar dari situ. kahkahkah.

Saturday, August 10, 2013

Syawal 1434H


"SEMUA ORANG CAKAP "YEAYYYY!!"


cerita dia macam ni,



asal - asal - asalnyaaaa, dua abang yang dah berkeluarga tu tak ada untuk pagi satu syawal ni. mula-mula tu dah terbayang-bayang dah sunyi jugak ni raya kitorang-kitorang je. budak-budak pun takde. yang bestnya, sedara mara pun pakat balik rumah belah mentua waktu raya first.



sekali, family angah buat keputusan, tunda dulu balik Melaka, balik lepas pagi raya. sebab nak teman ibu ayah beraya sini. hihihi.


seminggu sebelum raya, family Lop memang dah ada kat rumah and plan asal dah balik Penang last Ramadhan. and, malam raya tu ayahngah ajak satu family bukak puasa sama-sama.


and part paling best, dah seminggu tengok tiga sepupu tu main sama-sama, lepas susun-susun barang masuk kereta, terus cancel time tu jugak. haha. pun nak balik lepas pagi raya.


and, akhirnya COMPLETE lah family haji Mastor untuk raya ni. hihihihihihihihi. sebab tu gambar raya bukan main meriah :)



Allah, terima kasih atas nikmat bahagia yang Kau kurniakan untuk aku dan keluargaku. semoga nikmat bahagia ini berterusan sampai ke Jannah, semoga rezeki kita dimurahkan dan diberkati Allah. Alhamdulillah, untuk 20 tahun semua pun masih ada di samping aku memberi sokongan dan dorongan dalam hidup. *nangis*