Friday, October 10, 2014

Dearest friend of mine,



Dalam perjalanan banyak persimpangan,
di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti,
Ku toleh ke sisi,
Engkau tiada di sampingku
Tapi seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku

"Aku tanya apa khabar......."



Saturday, August 23, 2014

#misikejarsakura Hari 1 : Nagoya & Osaka

5 April 2014 - Sabtu

Kitorang sampai Chubu Centrair Airport around 8 pagi macam tu lagi awal dari estimated time dekat tiket.   Macam yang aku stated dekat post lepas, kitorang naik Air Asia X. Aku nervous jugaklah, sebab before aku pergi tu, ramai pulak yang remind aku pasal servis Air Asia. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Perjalanan pergi balik kitorang Alhamdulillah smooth, flight attendant dia pun bagus je, cuma nasi ayam hainan yang aku makan awal pagi tu masin sikit. Tapi takpe, kek coklat dia sedap gila, so okay lah. Chubu Airport ni lokasi dia memang tengah laut. So, masa nak landing tu, berderau jugaklah darah ni, dekat gila kot dengan laut masa tu. 


Kronologi perjalanan yang tak mengikut turutan. dari LCCT, before berlepas, dalam flight dan dah sampai Chubu. dah boleh nampak muka teruja dah pun dekat sini.


Disebabkan ini first time aku travel tempat orang, sendiri sendiri pulak tu, keluar je pintu flight, aku ingatkan ada air cond laluan tu, rupanya memang udara luar sejuk macam tu (tolonglah faham, ini first time). Kitorang disambut mesra oleh pekerja sana, awal-awal lagi dah nampak tahap kesopanan orang sana. Urusan pun sekejap gila. Cuma ada satu part, waktu beratur tunggu lepas imigresen tu, staff dia check kitorang punya slip imigresen tu. 

Dekat borang tu, kitorang tulis alamat dekat Osaka, as tempat first kitorang stay dekat Osaka. Nak dijadikan cerita, time beratur tu cousin aku depan sekali. Staf tu tanya, "Why don't you go to Osaka?" (dengan slang Japanglish dia dan aku ingat lupa ayat dia). Tiga kali jugaklah dia ulang soalan ni, nasib baik aku dapat catch, so, cousin aku terus jawab, "oh, because Nagoya is cheap". Nasib baik staf tu memahami, siap angguk angguk "oh, Nagoya is cheap. I understand". Cewah. Waktu ni dah tak fikir dah grammar kau terbalik macam mana. haha.

Jadi, misi kitorang pagi ni, kena ambik bas dekat Nagoya Station. Dari Chubu ni, kena ambik satu lain khas, Meitetsu Line Express (ala-ala ERL). So mahal sikitlah. Disebabkan first time, kakak pergi belikan tiket dekat kaunter. waktu tu, tiket kitorang macam lagi 10 minit tren nak gerak. Berlarilah apa lagi, (aku tak pasti kalau tiket tu tak sama waktu valid lagi ke tak). Sebab dah kelam-kabut nak naik, gambar tak sempat ambik, dan kitorang terus duduk. Aku tengok makcik pakcik depan ni pandang-pandang kitorang. Mungkin sebab amuse dengan kitorang yang berhijab. sekali baru aku perasan, kitorang duduk dekat tempat duduk orang tua dan OKU. Tapi, nasib baiklah takde pakcik makcik naik dah. 

Sampai Nagoya Station, disebabkan terlalu teruja, kitorang terlupa exit mana nak ambik, and paling best aku tak tulis dalam itinerary. and lagi best, aku confident dengan nama jalan yang salah. Supposedly, kitorang ambik Takedori Exit, dan lebih kurang 5 minit nak ke Noritake Ichi Chome. Arah yang aku cari, Noritake SanChome. Jenuh jugaklah berlari and tanya sana sini dekat sejam setengah jugaklah. Yang bestnya, takde siapa pun tau pasal kewujudan Willer Express dekat sini. Waktu tu dah dapat rasa tertinggal bas dah.

Dah lama sangat pusing, last-last, kitorang decide masuk balik station, cari staf yang lagi berkaliber untuk mintak arah. Kebetulan jumpa pakcik guard. Nasib baik dia tau pasal Willer Express ni, siap lukis arah lagi untuk kitorang. Dekat sini, nak ingatkan, kalau tak tau, jangan segan nak tanya. alah, lagipun kita dekat tempat orang, tak tau jalan ke, tak tau arah ke diorang faham je. Tanya je. Semangat membantu orang Jepun ni lain tau, diorang akan cuba sedaya upaya untuk tolong kita. 



Akhirnya, dapat jumpa jumpalah sign kecik macam dalam gambar ni. Naib baik sampai situ ada lah lagi 45 minit nak kena tunggu. Siap ada satu bas lain sampai dulu. Semapt jugaklah tangkap gambar dengan vending machine pertama yang ditemui. Kalau nak tau, vending machine boleh jumpa merata-rata around Jepun ni. Kalau ikutkan bacaan aku sebelum sebelum ni, vending machine ni banyak jenis, bukan setakat jual air, ada yang jual payung, surat khabar dll. Tapi, yang aku jumpa cuma vending machine air dan rokok.




Ini dia bas kami. Kalau nampak ada lelaki dekat pintu bas tu, itu pemandu bas ni. Pemandu bas dekat Jepun ni semua segak macam polis. Tak kisahlah pakcik tua ke abang muda ke, semua beruniform. Nak cerita sikit pasal Willer Express ni, ini adalah salah satu cara nak jimatkan kos perjalanan masa travel. Kurangnya, tak merasalah naik bullet train. Kalau nak tau, Willer Express ni sediakan banyak jenis seat (bergantung juga kepada destinasi kita). Kami banyak ambik Women Policy Seat. Seat ni semuanya dekat belah belakang, and ada canopy. So, kalau nak tidur, selesa lah. Siap ada selimut lagi. Tapi, yang dari Nagoya ke Osaka ni, kami pilih Theatre Seat, ada video player, dan ada game. Masalahnya, semua pun dalam Jepun. Madagascar pun cakap Jepun, tahu?




Perjalanan dari Nagoya ke Osaka, ambil masa dalam 5 jam macam tu. Disebabkan dah penat sesat masa dekat Nagoya Station tu, tertidur tidur jugaklah masa dalam bas. Tapi, bila dah terjaga tu, dah nampak bunga Sakura  sepanjang jalan. Terus hilang penat. 



Sampai Namba Station, Osaka, kitorang terus cari kaunter untuk beli Osaka Amazing Pass. Pass ni istimewa untuk pelancong yang datang ke Osaka. Dia ada One Day dan Two Day. Pass ni memang se-amazing namanya, dengan bayaran 3,000 yen, kita boleh naik subway secara percuma untuk 48 jam seterusnya. Dahlah dapat naik transport free, ada 28 tempat yang kita masuk Free of Charge, dan beberapa tempat kita boleh dapat diskaun. Jadi, plan lah betul-betul dan kira budget transportation fee tu kalau gak-agak dah lebih 3000 yen beli je lah pass ni. Lagipun tak payah pening-pening nak beli tiket lagi. Tapi, ingat, pass ni tak valid untuk JR Line.


Sebenarnya nak beli pass ni mencabar jugak. Disebabkan tak tau dekat mana exact location Tourist Information, kitorang tanya semua staf yang ada situ. Time ni dia macam ada checkpoint checkpoint tertentu. Agaknya ramai yang cari, dan mungkin ini strategi diorang nak memudahkan pelancong.


Dah selesai beli pass, kitorang terus gerak pergi Osaka Hana Hostel. Dari Namba Station, kami ke Shinsaibashi Station untuk ke hostel. Hostel ni dekat sangat dengan Shinsaibashi Station. Aku ni memang jenis bila excited, akan enjoy seorang diri. Lalu lupa nak tangkap gambar rupa hostel tu. Lalu dengan rajinnya, aku menggunakan perkhidmatan google dekat sini.


(gambar ihsan Google.com)

Rupa bilik kitorang sebiji macam gambar nombor 4 (ikut arah jam). Bilik ni sesuai untuk 3 orang. Nampak macam sempit kan, tapi serius, selesa sangat. Staf dekat Osaka Hana ni sangatlah friendly. Kalau tengok Facebook Page diorang, hostel ni


Dalam 6 petang, kitorang mulakan perjalanan. Ikut itinerary asal sepatutnya kitorang ke Tempozan Ferris Wheel. Tapi dah sampai station tu, ada satu notis Tempozan Ferris Wheel tutup. Dahlah tanpa plan B. Lalu dengan azam yang kuat, kitorang teringat ada satu lagi ferris wheel dekat Osaka ni. Berbekalkan kemahiran guna tren petang tadi, kitorang gamble je untuk pergi ke HEP Ferris Wheel tu. Dan.........................


ini je lah gambar yang ada. sebab masa dekat dalam gondola tu, tengah hujan. Memang nampak pun kabur-kabur je. oh, ya. Masa kami tengah cari ferris wheel ni, kami terjumpa student UTM, kebetulan ke kaunter pertanyaan nak cari arah ferris wheel ni.

Kami dekat sini adalah dalam setengah jam macam tu. memang terkejar sikit sebab nak jugak pergi shopping street  famous dekat Osaka ni. Ye lah, dah dekat sangat dengan hostel kami, tak pergi, rugilah! Time ni masih hujan lagi. Nasib baik hostel tu ada sediakan payung memang untuk dipinjam.




Sampai je station, exit dia memang terus sampai dekat Shinsaibashisuji ni. Shinsaibashisuji ni adalah shopping street tertua dan tersibuk di Osaka. Dekat sini, banyak jugaklah branded store macam H&M, Uniqlo, ZARA, Disney Store dan banyak lagi. 



Barangan H&M, Uniqlo dekat sini agak murah nak dibandingkan dengan Malaysia. Aku tak pastilah semua produk ke tak, sebabnya yang aku perhatikan agak murahlah. Tapi, mungkin tambah tax lebih kurang je harga dia. Disebabkan aku ada misi tersendiri, kita window shopping je lah dekat store ni.


Waktu ni dah agak lewat sebenarnya. Dah banyak kedai dah tutup. Tapi, locals kat sini still ramai. Siap ada yang beruniform sekolah lagi. Ada satu part ni, terjumpa sorang pakcik ni, tak pastilah mintak sedekah ke apa, tapi dia tadah tangan sambil pegang duit. Dan aku perasan, ada sekeping duit RM 1 kot kat tangan dia.




Sebenarnya ini dah sampai area Dotonbori. Dotonbori ni famous sangat dengan kawasan yang dihiasi lampu neon dan kedai kedai yang mengunakan arca(?) saiz besar.  Glico Man ni dah diibaratkan ikon Osaka untuk pelancong. Sebab tu ramai tangkap gambar dekat sini. Kalau perasan antara tiga gambar tu design dia lain-lain. Lampu dia memang bergerak gerak mengubah situasi.







Kalau ikut tenaga dan lonjakan hati, memang nak jalan-jalan lagi. Tapi, cuaca waktu tu sejuk sangat, sampai dah tak rasa kaki (itulah, bukan nak check weather forecast). Merasa jugaklah jakun asap keluar ikut mulut. Sebenarnya, sepanjang hari ni, tak terfikir pun misi nak makan makanan diorang. Kitorang cuma makan Onigiri je beli dekat convenience store dekat situ jugak. Rugi betul. Mungkin dia suruh datang lagi sekali. hehe.


Tiket Meitetsu Line Express (Airport-Nagoya Stn)   : 870 yen
Willer express (Nagoya-Osaka)                               : 2400 yen
2-day Osaka Amazing Pass                                      : 3000 yen
Osaka Hana (1 night, room for 3)                             : 3200 yen / pax
Sewa Tuala                                                              : 70 yen / towel
Makanan                                                                 : 500 yen (anggaran)
JUMLAH                                                                = 10,040 yen







Sekian sahaja post untuk hari pertama (dah lebih empat bulan baru reti nak post). Sorrylah kalau tak menarik, aku ni memang dari sekolah rendah tak pass bab bercerita. haha. Post ni pun saje nak share untuk bagi keyakinan untuk kawan-kawan yang nak backpack ke Jepun tapi masih ragu-ragu. Untuk pengetahuan, kitorang bertiga punya skill Nihongo ni lagi rendah dari level kindergarten punya skill. HAHA. Aku faham, ada yang risau tak boleh cakap dan baca bahasa Jepun. Jangan risau, insyaAllah boleh survive, asalkan tau meng-optimizekan skill body language yang ada. Dan, banyak dah signboard Jepun dalam Romaji.

Ps: Post ini ada post seorang first timer travel tempat orang. Mungkin banyak cacat celanya, dan rasa ketidakpuasan hati. HAHA. maaflah, kalau ada sebarang pertanyaan, klik je mana-mana link tepi ni.




Thursday, July 24, 2014

#misikejarsakura - Persediaan (Part 2)

okay, kalau part 1 tu kita cerita macam mana kita start planning, dekat sini macam mana kita prepare sebelum pergi sana. ye lah, dah lah nak pergi tempat orang, at least kena cukup maklumat and tahu selok belok negara diorang.

actually, Jepun untuk first timer tak susah mana pun. tambahan lagi, kalau dah biasa dengan public transport, tak banyak beza pun dengan Malaysia punya, beza dia, sana lebih efisien and lagi mudah, so, kalau sini pun boleh harung, insyaAllah dekat sana lagilah boleh lepas. kitorang siap hari first dah tukar jadual dah. haha. part ni nanti kita discuss dekat post first day. kita straight to the point je lah pasal preparation kitorang,


1. Tiket Flight

part ni aku tak reti sangat nak cerita memandangkan semua kakak yang urus. macam aku cakap tadi sedar sedar dia dah beli. asalnya kitorang memang nak naik MAS, tapi nak dijadikan cerita, promo Air Asia X dah datang dulu, so, itulah yang kakak grab dulu. cuma, asalnya nak pergi 7 hari je, tapi disebabkan AA X tu mendarat dekat Nagoya, so kitorang tambah 3 hari lagi.


2. List for Places to go

mula-mula part ni banyak ditolong oleh kawan abang yang kebetulan nak ke sana jugak waktu yang sama. dia bagi rough susunan je lah and yang lain tu semua sendiri plan. ada lah jugak dia tolong-tolong bagi tips, macam mana nak jimat kos transport and so on. so kat sini, masih dalam urusan kakak jugak. kakak yang deal dengan kawan abang tu. and dari sini jugak dah susun rough planning untuk destinasi utama perjalanan kitorang. tapi, since aku start cuti Januari hari tu, terhegeh jugaklah aku study balik semua destinasi supaya destinasi dan penginapan adalah selari bagi mengelakkan pembaziran kos transport je. ye lah, nak jimat kemain, sekali rupanya duit mengalir dekat transport. Disebabkan dua peserta rombongan merupakan pekerja berwibawa, aku pelajar yang takde kerja ni gigih jugaklah study sorang.

mula-mula aku bukak Japan Guide. dekat sini memang dah 70% complete dah. pilih je region mana nak pergi, dan dia akan recommend tempat tempat best. siap diorang provide jugak info-info cuaca dekat sana. Tinggal nak baca tak nak je. Then, aku bukak Trip Advisor and baca review dekat sana. Review dekat Trip Advisor ni kadang-kadang boleh pakai jugak. Cumanya, kena lah baca banyak-banyak. Sebab lain orang lain pandangan. Tapi, kalau dah lagi banyak negatif dari positif kitorang consider balik lah.


3. Penginapan

Ini tips penting untuk bakal traveller especially yang first timer. SILA BOOK AWAL PENGINAPAN kalau nak tempat best dan affordable. kitorang start book pun around Disember - Januari macam tu. kebanyakan hostel dan guest house best dah penuh masa tu. haa, macam mana kitorang book?


Booking.Com ni sangat user-friendly bagi aku. Aku try jugak godek Agoda.com tapi tahap user-friendly dia tak boleh lawan Booking.com lah. Search je, bandar or destinasi (macam Tokyo Tower or Disneyland). Nanti dia keluar jarak penginapan dengan destinasi yang kita pilih. Senang kan?

Dalam nak pilih penginapan ni, macam aku cakap tadi kena consider transport jugak. Aku gunakan Google Maps dengan Hyperdia untuk study either banyak tren yang kena tukar untuk sampai ke destinasi. Selain tu, nak consider jugak kos pergi balik.

Dekat Booking.com ni dah ada review dah dari past customers. Tapi, sekali lagi aku gunakan TripAdvisor untuk meng-Advice kan aku dengan review-review dekat sana. Review daripada orang ramai adalah sangat penting, ya, kawan-kawan. Nanti tengok gambar cantik je, sekali sampai menangis.



3.  Pengangkutan

Ini masuk part yang paling pening dan mecabar sekali. Dekat Jepun ni perkhidmatan public transport diorang sangatlah efisien. Kadang-kadang sampai empat lima route boleh pilih untuk satu destinasi. Yang kena consider, Exit station mana yang lagi dekat dengan destinasi. Sebabnya, station diorang besar besar, so pemilihan exit memainkan peranan penting sebab salah exit maka anda akan membazir masa dan tenaga untuk ke destinasi.

Selain tu, untuk sekali lagi aku tekankan, pentingnya consider pemilihan transport adalah kos. Dekat Jepun, diorang memang ada provide Special Pass untuk Tourist mengikut region. Pass ni sangat berbaloi untuk kita yang memang kalau boleh nak pusing satu region, semua tempat nak lawat. Kebanyakan pass sama ada akan bagi free untuk semua train dan subway, and sometimes ada jugak provide diskaun untuk tiket masuk destinasi pilihan. pasal pass ni nanti aku explain dekat post mengikut destinasi.

Bagi menjimatkan kos (sebab nak tampung kos lain hihihihihi) kitorang tak merasa naik Bullet Train, tapi, kitorang pilih Highway Bus untuk bergerak dari satu region ke satu region. Ini Highway Bus dia.


Banyak je servis bas lain, tapi, berdasarkan penyelidikan aku, ini je company bus yang provide website yang firendly untuk tourist. And, servis diorang memang tip top! oh ya, salah satu sebab kitorang pilih Highway Bus ni, sebab nak jimat kos penginapan. kitorang banyank naik overnight bus sebab dah jimat penginapan untuk malam tu. Serius, walaupun tidur dalam bas, tapi sebab penat dan penyediaan seat yang sangat selesa, tak menyesallah pilih.

Untuk pemilihan tren aku gunakan Google Maps (untuk rujuk jarak) dan pemilihan route dan Hyperdia untuk pemilihan route lagi sekali dan susunan jadual


Hyperdia ini adalah website yang sangat detailed tentang jadual pengangkutan awam dekat Jepun. Seba tu lah kita dah boleh prepare sehabis mungkin dari sini lagi. Paling best, diorang sentiasa update kos dan jadual mengikut situasi di Jepun.



5. Makanan

hmmm, part ni serius tak teringat nak study betul-betul sebelum pergi. HAHA. ingatkan kenyang tengok Jepun je. dah sampai penghujung vacation perut baru menari nak makan Soba lah, Sushi lah, tapi time tu memang dah tak sempat nak cari T________________________T




Inilah rupa jadual yang telah berjaya dibuat secara detailed oleh seorang Dalila. hihihihi. (siap kena puji dengan staff hostel yang kitorang stay dekat Osaka, okay! :P) Ada yang nak hire jadi tourist guide ke sana tak? 





Wednesday, July 23, 2014

#misikejarsakura - Persediaan (Part 1)

dah lebih tiga bulan dah baru reti nak start buat post. itupun baru nak bukak cerita pasal persediaan sebelum pergi Jepun. 

okay, perancangan atau idea nak pergi Jepun ni dah lama dah, and perancangan asal nak guna package. lama gila survey, tak silap dari 2011 (tak masuklah dari angan-angan sejak zaman Cardcaptor Sakura lagi, lol), tapi kebanyakannya pakej untuk ke Korea, and kebanyakan pakej ke Jepun agak mahal. 

tapi dipendekkan cerita, kitorang memang tak pernah miss kalau ada rancangan pasal travel dekat Jepun, wuwu, dulu tak dapat sampai, tengok dalam tv pun jadilah. and, tak ingat macam mana tercetus idea untuk backpack. sejak tu, dah start godek godek kebanyak blog yang pergi Jepun secara backpack. waktu ni baru godek je, belum geledah lagi. 

dipendekkan lagi cerita, rezeki kakak lebih untuk tahun ni, so, kitorang decide untuk gagahkan pergi jugak, sebab bila lagi nak pergi? sejujurnya, mula-mula tu aku masih rasa sangsi, biar betul dia ni, dalam Malaysia pun belum tentu nak pergi berdua. inikan sampai ke Jepun tu, kalau sesat ke apa siapa nak tanggung? ya, aku memang paranoid gini pun. Lol.

tapi, hati ni kuat jugaklah sejak tengok Rasa Halal Antarabangsa yang Raja Farah dengan Akbar tu, waktu episod last tu Farah ada cakap, sekarang ni tak perlu risau kalau nak ke Jepun secara persendirian, semua maklumat dah ada di internet.

okay, plan asal kami pergi berempat, aku, kakak dan dua lagi teman sama-sama minat Arashi. waktu tu macam yakin jugak sebab salah sorang tu master jugaklah Nihongo ( bahasa Jepun ). At least kalau sesat ke apa boleh rely on her je lah kan. maklumlah, Jepun kan terkenal dengan memperkasakan bahasa ibunda mereka. aku setakat reti Ohaiyo gozaimasu, hajime mashite bolehlah, satgi aku Ohaiyo dia bantai tanya dalam Jepun takkan nak lari je dari situ. 



sampailah part nak beli tiket flight, kawan yang master Nihongo tu decide tak jadi ikut atas sebab peribadi. aku dah ragu-ragu dah. biar betul nak gagah jugak pergi. dah tu bertiga, okay. and baru lah tau, cousin decide nak ikut sekali. so, sekali lagi plan asal untuk pergi berempat.

waktu tu, aku dah sibuk dengan final project and so on, sedar-sedar, tiket flight dah beli. and tak silap masa tu dah bulan sebelas dah, and kitorang nak pergi April 2014. bayangkanlah. dahlah pengalaman travel zero. setakat travel dari Melaka ke Ipoh tu hebatlah. kitorang cuma ada dalam empat ke lima bulan lagi nak prepare segala benda. hahahahaa. dahlah travel pun zero experience, setakat bercuti bersama keluarga adalah, itupun kitorang plan je yang angkut sana sini semestinya kepakaran abang-abang.

start je cuti, disebabkan aku risau giler boleh ke kitorang hadap nak pergi Jepun ni dengan first time nya. aku gagahkan jugak godek lagi segala blog yang ada. segala expenses yang diorang guna and macam mana diorang buat preparation. huish. nasib baik ada google weh. nak tanya member member pun tak ramai yang pernah pergi Jepun. 

Hah, apa yang aku google? and macam mana aku dapat segala info? nanti aku sambung dekat post lepas ni. hihihihi.





Friday, April 18, 2014

Teaser Travelog Jepun Dalila




okay, rasanya dah ramai pun tau, I went to Japan last week for 10 days. tak pernah terbayang yang akan secepat ini dan paling best, pergi tanpa guide langsung. dapatlah merasa nikmat backpacking tu.

dalam 10 hari tu dapatlah kitorang cover beberapa tempat, ikut sempat je.

5 April - Turun Nagoya terus ke Osaka (HEP Ferris Wheel, Shinsaibashisuji, Dotonbori)

6 April - Osaka (Osaka Castle, Nishinomaru Garden, Osaka Housing and Living Museum) 
malam bertolak ke Kofu dari Namba untuk ke Mount Fuji

7 April - Kofu > Otsuki  > Fujisan > Yamanakako (pusing tasik tengok Fujisan, Teddy Bear Museum)

8 April - Fujisan - Tokyo (Shinjuku Gayoen Garden, Tokyo Tower, Tokyo Camii Mosque, Shibuya Station)

9 April & 10 April - Disneyland & Disneysea

11 April - Tokyo (Fuji TV, Venus Fort, Aqua City, Sony Science Centre, Tokyo Skytree, Nakamise Street)

12 April - Tokyo (Harajuku, Akihabara, Ikebokuro dan bertolak ke Nagoya)

13 April - Nagoya (Nagoya Port Public Aquarium, Observation deck, Fuji Museum, Maritime Museum)

14 April - Nagoya (lepak airport dan pulang Malaysia)

Alhamdulillah, merasalah kitorang pegang sakura, pegang salji, sejuk sampai cakap keluar asap ikut mulut, sesat dekat tempat orang, kena marah, kena tolong, semuanya lah.

banyak benda dah belajar sepanjang 10 hari dekat sana. selama ni dengar dengar cerita macam mana ketertiban orang Jepun, macam mana layanan diorang dengan tourist dekat sana. terkejut sangat, sebab amcam beyond my expectation. tak taulah kalau tak biasa jumpa dekat Malaysia ataupun tak pernah ada pun budaya macam diorang dekat sini.

memandangkan kitrorang pusing dari bandar ke bandar, dapat nampak lah, perbezaan suasana Osaka, Nagoya, Tokyo dengan Yamanaka.

tapi serius, siapa pun pernah jejak tanah Jepun ni mesti punyalah nak datang lagi sekali.

and, kalau ada perancangan nak pergi sana, preparelah buah tangan dari Malaysia untuk orang sana, sebab mesti punyalah jumpa orang orang baik dekat sana. huhu.


okay, nama pun teaser mana boleh tulis panjang-panjang, ni pun curi time tidur sebab assignment masih berlambak tak siap lagi. 

Sunday, February 2, 2014