Saturday, August 23, 2014

#misikejarsakura Hari 1 : Nagoya & Osaka

5 April 2014 - Sabtu

Kitorang sampai Chubu Centrair Airport around 8 pagi macam tu lagi awal dari estimated time dekat tiket.   Macam yang aku stated dekat post lepas, kitorang naik Air Asia X. Aku nervous jugaklah, sebab before aku pergi tu, ramai pulak yang remind aku pasal servis Air Asia. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Perjalanan pergi balik kitorang Alhamdulillah smooth, flight attendant dia pun bagus je, cuma nasi ayam hainan yang aku makan awal pagi tu masin sikit. Tapi takpe, kek coklat dia sedap gila, so okay lah. Chubu Airport ni lokasi dia memang tengah laut. So, masa nak landing tu, berderau jugaklah darah ni, dekat gila kot dengan laut masa tu. 


Kronologi perjalanan yang tak mengikut turutan. dari LCCT, before berlepas, dalam flight dan dah sampai Chubu. dah boleh nampak muka teruja dah pun dekat sini.


Disebabkan ini first time aku travel tempat orang, sendiri sendiri pulak tu, keluar je pintu flight, aku ingatkan ada air cond laluan tu, rupanya memang udara luar sejuk macam tu (tolonglah faham, ini first time). Kitorang disambut mesra oleh pekerja sana, awal-awal lagi dah nampak tahap kesopanan orang sana. Urusan pun sekejap gila. Cuma ada satu part, waktu beratur tunggu lepas imigresen tu, staff dia check kitorang punya slip imigresen tu. 

Dekat borang tu, kitorang tulis alamat dekat Osaka, as tempat first kitorang stay dekat Osaka. Nak dijadikan cerita, time beratur tu cousin aku depan sekali. Staf tu tanya, "Why don't you go to Osaka?" (dengan slang Japanglish dia dan aku ingat lupa ayat dia). Tiga kali jugaklah dia ulang soalan ni, nasib baik aku dapat catch, so, cousin aku terus jawab, "oh, because Nagoya is cheap". Nasib baik staf tu memahami, siap angguk angguk "oh, Nagoya is cheap. I understand". Cewah. Waktu ni dah tak fikir dah grammar kau terbalik macam mana. haha.

Jadi, misi kitorang pagi ni, kena ambik bas dekat Nagoya Station. Dari Chubu ni, kena ambik satu lain khas, Meitetsu Line Express (ala-ala ERL). So mahal sikitlah. Disebabkan first time, kakak pergi belikan tiket dekat kaunter. waktu tu, tiket kitorang macam lagi 10 minit tren nak gerak. Berlarilah apa lagi, (aku tak pasti kalau tiket tu tak sama waktu valid lagi ke tak). Sebab dah kelam-kabut nak naik, gambar tak sempat ambik, dan kitorang terus duduk. Aku tengok makcik pakcik depan ni pandang-pandang kitorang. Mungkin sebab amuse dengan kitorang yang berhijab. sekali baru aku perasan, kitorang duduk dekat tempat duduk orang tua dan OKU. Tapi, nasib baiklah takde pakcik makcik naik dah. 

Sampai Nagoya Station, disebabkan terlalu teruja, kitorang terlupa exit mana nak ambik, and paling best aku tak tulis dalam itinerary. and lagi best, aku confident dengan nama jalan yang salah. Supposedly, kitorang ambik Takedori Exit, dan lebih kurang 5 minit nak ke Noritake Ichi Chome. Arah yang aku cari, Noritake SanChome. Jenuh jugaklah berlari and tanya sana sini dekat sejam setengah jugaklah. Yang bestnya, takde siapa pun tau pasal kewujudan Willer Express dekat sini. Waktu tu dah dapat rasa tertinggal bas dah.

Dah lama sangat pusing, last-last, kitorang decide masuk balik station, cari staf yang lagi berkaliber untuk mintak arah. Kebetulan jumpa pakcik guard. Nasib baik dia tau pasal Willer Express ni, siap lukis arah lagi untuk kitorang. Dekat sini, nak ingatkan, kalau tak tau, jangan segan nak tanya. alah, lagipun kita dekat tempat orang, tak tau jalan ke, tak tau arah ke diorang faham je. Tanya je. Semangat membantu orang Jepun ni lain tau, diorang akan cuba sedaya upaya untuk tolong kita. 



Akhirnya, dapat jumpa jumpalah sign kecik macam dalam gambar ni. Naib baik sampai situ ada lah lagi 45 minit nak kena tunggu. Siap ada satu bas lain sampai dulu. Semapt jugaklah tangkap gambar dengan vending machine pertama yang ditemui. Kalau nak tau, vending machine boleh jumpa merata-rata around Jepun ni. Kalau ikutkan bacaan aku sebelum sebelum ni, vending machine ni banyak jenis, bukan setakat jual air, ada yang jual payung, surat khabar dll. Tapi, yang aku jumpa cuma vending machine air dan rokok.




Ini dia bas kami. Kalau nampak ada lelaki dekat pintu bas tu, itu pemandu bas ni. Pemandu bas dekat Jepun ni semua segak macam polis. Tak kisahlah pakcik tua ke abang muda ke, semua beruniform. Nak cerita sikit pasal Willer Express ni, ini adalah salah satu cara nak jimatkan kos perjalanan masa travel. Kurangnya, tak merasalah naik bullet train. Kalau nak tau, Willer Express ni sediakan banyak jenis seat (bergantung juga kepada destinasi kita). Kami banyak ambik Women Policy Seat. Seat ni semuanya dekat belah belakang, and ada canopy. So, kalau nak tidur, selesa lah. Siap ada selimut lagi. Tapi, yang dari Nagoya ke Osaka ni, kami pilih Theatre Seat, ada video player, dan ada game. Masalahnya, semua pun dalam Jepun. Madagascar pun cakap Jepun, tahu?




Perjalanan dari Nagoya ke Osaka, ambil masa dalam 5 jam macam tu. Disebabkan dah penat sesat masa dekat Nagoya Station tu, tertidur tidur jugaklah masa dalam bas. Tapi, bila dah terjaga tu, dah nampak bunga Sakura  sepanjang jalan. Terus hilang penat. 



Sampai Namba Station, Osaka, kitorang terus cari kaunter untuk beli Osaka Amazing Pass. Pass ni istimewa untuk pelancong yang datang ke Osaka. Dia ada One Day dan Two Day. Pass ni memang se-amazing namanya, dengan bayaran 3,000 yen, kita boleh naik subway secara percuma untuk 48 jam seterusnya. Dahlah dapat naik transport free, ada 28 tempat yang kita masuk Free of Charge, dan beberapa tempat kita boleh dapat diskaun. Jadi, plan lah betul-betul dan kira budget transportation fee tu kalau gak-agak dah lebih 3000 yen beli je lah pass ni. Lagipun tak payah pening-pening nak beli tiket lagi. Tapi, ingat, pass ni tak valid untuk JR Line.


Sebenarnya nak beli pass ni mencabar jugak. Disebabkan tak tau dekat mana exact location Tourist Information, kitorang tanya semua staf yang ada situ. Time ni dia macam ada checkpoint checkpoint tertentu. Agaknya ramai yang cari, dan mungkin ini strategi diorang nak memudahkan pelancong.


Dah selesai beli pass, kitorang terus gerak pergi Osaka Hana Hostel. Dari Namba Station, kami ke Shinsaibashi Station untuk ke hostel. Hostel ni dekat sangat dengan Shinsaibashi Station. Aku ni memang jenis bila excited, akan enjoy seorang diri. Lalu lupa nak tangkap gambar rupa hostel tu. Lalu dengan rajinnya, aku menggunakan perkhidmatan google dekat sini.


(gambar ihsan Google.com)

Rupa bilik kitorang sebiji macam gambar nombor 4 (ikut arah jam). Bilik ni sesuai untuk 3 orang. Nampak macam sempit kan, tapi serius, selesa sangat. Staf dekat Osaka Hana ni sangatlah friendly. Kalau tengok Facebook Page diorang, hostel ni


Dalam 6 petang, kitorang mulakan perjalanan. Ikut itinerary asal sepatutnya kitorang ke Tempozan Ferris Wheel. Tapi dah sampai station tu, ada satu notis Tempozan Ferris Wheel tutup. Dahlah tanpa plan B. Lalu dengan azam yang kuat, kitorang teringat ada satu lagi ferris wheel dekat Osaka ni. Berbekalkan kemahiran guna tren petang tadi, kitorang gamble je untuk pergi ke HEP Ferris Wheel tu. Dan.........................


ini je lah gambar yang ada. sebab masa dekat dalam gondola tu, tengah hujan. Memang nampak pun kabur-kabur je. oh, ya. Masa kami tengah cari ferris wheel ni, kami terjumpa student UTM, kebetulan ke kaunter pertanyaan nak cari arah ferris wheel ni.

Kami dekat sini adalah dalam setengah jam macam tu. memang terkejar sikit sebab nak jugak pergi shopping street  famous dekat Osaka ni. Ye lah, dah dekat sangat dengan hostel kami, tak pergi, rugilah! Time ni masih hujan lagi. Nasib baik hostel tu ada sediakan payung memang untuk dipinjam.




Sampai je station, exit dia memang terus sampai dekat Shinsaibashisuji ni. Shinsaibashisuji ni adalah shopping street tertua dan tersibuk di Osaka. Dekat sini, banyak jugaklah branded store macam H&M, Uniqlo, ZARA, Disney Store dan banyak lagi. 



Barangan H&M, Uniqlo dekat sini agak murah nak dibandingkan dengan Malaysia. Aku tak pastilah semua produk ke tak, sebabnya yang aku perhatikan agak murahlah. Tapi, mungkin tambah tax lebih kurang je harga dia. Disebabkan aku ada misi tersendiri, kita window shopping je lah dekat store ni.


Waktu ni dah agak lewat sebenarnya. Dah banyak kedai dah tutup. Tapi, locals kat sini still ramai. Siap ada yang beruniform sekolah lagi. Ada satu part ni, terjumpa sorang pakcik ni, tak pastilah mintak sedekah ke apa, tapi dia tadah tangan sambil pegang duit. Dan aku perasan, ada sekeping duit RM 1 kot kat tangan dia.




Sebenarnya ini dah sampai area Dotonbori. Dotonbori ni famous sangat dengan kawasan yang dihiasi lampu neon dan kedai kedai yang mengunakan arca(?) saiz besar.  Glico Man ni dah diibaratkan ikon Osaka untuk pelancong. Sebab tu ramai tangkap gambar dekat sini. Kalau perasan antara tiga gambar tu design dia lain-lain. Lampu dia memang bergerak gerak mengubah situasi.







Kalau ikut tenaga dan lonjakan hati, memang nak jalan-jalan lagi. Tapi, cuaca waktu tu sejuk sangat, sampai dah tak rasa kaki (itulah, bukan nak check weather forecast). Merasa jugaklah jakun asap keluar ikut mulut. Sebenarnya, sepanjang hari ni, tak terfikir pun misi nak makan makanan diorang. Kitorang cuma makan Onigiri je beli dekat convenience store dekat situ jugak. Rugi betul. Mungkin dia suruh datang lagi sekali. hehe.


Tiket Meitetsu Line Express (Airport-Nagoya Stn)   : 870 yen
Willer express (Nagoya-Osaka)                               : 2400 yen
2-day Osaka Amazing Pass                                      : 3000 yen
Osaka Hana (1 night, room for 3)                             : 3200 yen / pax
Sewa Tuala                                                              : 70 yen / towel
Makanan                                                                 : 500 yen (anggaran)
JUMLAH                                                                = 10,040 yen







Sekian sahaja post untuk hari pertama (dah lebih empat bulan baru reti nak post). Sorrylah kalau tak menarik, aku ni memang dari sekolah rendah tak pass bab bercerita. haha. Post ni pun saje nak share untuk bagi keyakinan untuk kawan-kawan yang nak backpack ke Jepun tapi masih ragu-ragu. Untuk pengetahuan, kitorang bertiga punya skill Nihongo ni lagi rendah dari level kindergarten punya skill. HAHA. Aku faham, ada yang risau tak boleh cakap dan baca bahasa Jepun. Jangan risau, insyaAllah boleh survive, asalkan tau meng-optimizekan skill body language yang ada. Dan, banyak dah signboard Jepun dalam Romaji.

Ps: Post ini ada post seorang first timer travel tempat orang. Mungkin banyak cacat celanya, dan rasa ketidakpuasan hati. HAHA. maaflah, kalau ada sebarang pertanyaan, klik je mana-mana link tepi ni.